akibat merempit (padah menimpa)

Kisah Mat Rempit
man tiger seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.Pada suatu hari, malang tidak berbau, Man tiger terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Tom yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Man tiger telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Man tiger sehingga tembus ke belakang tengkuk Man tiger.Bergegas Pak Suhaimi ayah Man tiger ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Suhaimi bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,
Pak Suhaimi: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.
Pak Suhaimi: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.
Pak Suhaimi: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.
Pak Suhaimi: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?
Pak suhaimi: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!!
.jpg)
so jangan la tiru gaya Man tiger yang ske rempit tiap malam.....kalau pak Suhaimi marah mesti ayah nye dikemam2kan nya....emmmm dari itu sayangi dri anda.....yang penting dimana ada kmahuan di situ ada highway!!
No comments:
Post a Comment